Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki. Allah sentiasa memberi ku nikmat-nikmatNya walaupun aku sering melakukan dosa. YaAllah, ampunilah aku. Aku hamba-Mu yang lemah lagi hina. Aku bersyukur dengan anugerah yang telah Engkau berikan ini. Dicintai dan mencintai adalah anugerah yang paling sukar untuk dimiliki. YaAllah, aku sedar ini semua hanya pinjaman semata-mata. Dan bila-bila masa sahaja Engkau boleh tarik balik. Semoga aku diberikan semangat yang kuat sekali untuk menempuhinya, aamiiin. Terima kasih YaAllah :)