Semasa dalam perjalan ke melaka. Kiky da mula pening-pening kepala. Kemudian terasa macam nak demam. Badan da mula panas. Ok memang betul kiky demam. Panas biasa dulu tapi badan terasa sangat lemah. Sampai kat rumah yang buat wedding tuu, kiky terasa nak menangis sebab da tak tahan. Semua ambil berat. Siap makni bagi sebiji panadol, uncle zul (suami umie) bagi 2 biji panadol. Tapi kiky makan 2 biji jeq. Kalau makan dua memang pengsan lah kan. Has, berpeluh peluh kiky dengan memakai baju kurung and sweater lagi. Kemudian kiky da rasa ok ckett, badan da mula sejuk da tak panas. Siap boleh tangkap2 gambar walaupun kepala masih pening. Hmmm, balik jeq rumah, kiky terasa nak demam balik. Ok memang pun demam balik. Kali ni memang betul2 panas. Macam air masak yang baru lepas matikan api. Panas sangat. Mak kiky bagi panadol 2 biji lagi. Ok balik sebab da keluarkan peluh. Tak lama tuu badan kembali panas. Ok, mak amek keputusan nak bawak pergi hospital. Ok kiky kena ambil darah. Penuh 1 botol kecil. Nak jeq tegur doc tuu supaya jangan ambil darah kiky banyak2 sebab kiky da lah kurus. Nanti bertambah kurus plakk. Doc tuu suruh esok kiky datang lagi untuk ambil darah. Kiky cakap lah yang kiky keje. Doc cakap badan kiky terlampau panas nak keje ape nye. Doc bagi 2 hari mc. Tapi esuk kena datang ambik darah jugaa. Sebab doc takut kiky kena denggi sebab kiky sakit sampai ke tulang. Esok kiky tak tahuu nak pergi dengan siapa. Alhamdulillah pjal sudi temankan kiky, dye akan cuba sedaya upaya dye hantar barang2 dengan cepat, nanti terus amek kiky kat rumah, terus pergi hospital. 2 hari kiky x jumpa pjal. Rindunya... Hari ni pjal balik, tapi xtahuu dye sampai kl pukul berapa. Now 8.20 dye baru sampai kat perhentian tapah. Jauh lagy ke erkk ? Mesti sampai dalam pukul 12 nehh. Lambatnya. X sempat nak jumpa lagy :( xpe lah, esok boleh jumpa. Harap-harap dia dan kawan-kawan selamat pulang, amin. Ok sampai disini. Kiky nak rest. Bubye