Kembali tenang ;)

Syukur alhamdulillah jiwa kiky kembali tenang. Walaupun belum sempurna tetapi kiky dapat rasa sedikit ketenangan. Jikalau kiky rasa stress, terlalu banyak berfikir, kiky selalu ingat pada Allah s.w.t. Bukan kerana kiky susah baru ingat Allah. Apabila kiky ingat Allah membuatkan jiwa kiky kembali tenang. Dan kiky mengingatkan segala dosa-dosa kiky. Berharap kiky sempat bertaubat kepadaNYA, aamiiin... Kiky minta sokongan orang-orang sekeliling kiky untuk memberi dorongan kat kiky. Kiky belum sempurna lagi, dan tidak akan sempurna. Kiky akan usaha buat setakat mana kiky mampu. Kiky akan kurangkan bercakap tentang yang tidak berfaedah, dan berbanyakkan tentang yang berfaedah. Kiky tak janji tetapi kiky akn usaha. Kiky berharap Allah s.w.t. masih sudi untuk memberi hidayahNYA dan petunjukNYA untuk kiky. Sempena bulan ramadhan hampir tiba, kiky ingin buat yang terbaik daripada sebelum-sebelum nehh, harap-harap termakbol. Ok lah kawan-kawan, setakat ini sahaja kiky berhujah disini. Jikalau ada salah silap kiky, minta ampun minta maaf ok. Sesungguhnya kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. Berserah pada Allah s.w.t. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segala-galanya. Kita sedar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan juga setiap perbuatan pasti ada balasannya. Tetapi kiky percaya setiap yang berlaku pasti dari perbuatan kita sendiri. Jadi setiap yang berlaku dekat diri kiky, kiky akan anggap itu satu pengajaran buat kiky. Insyaallah kiky akan memperbaikinya supaya tidak diulangi lagi. Kiky berharap kawan-kawan sudi memaafkan kiky, terima kasih juga atas kesudian kawan-kawan. Ok lah, selamat malam semua. Assalammualaikum ;)