Subject: ASMA UL-HUSNA makna dan fadilat
Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu
ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w
bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa
yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.
1.
Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4.
Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam -
Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha
Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha
Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha
Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan
Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha
Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi
Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21.
Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23.
Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha
Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^
- Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha
Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32.
Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha
Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha
Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha
Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi
Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43.
Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha
Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha
Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50.
Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52.
Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha
Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy
- Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha
Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha
Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha
Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan
Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67.
Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha
Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha
Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal -
Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha
Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai
Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber
Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim -
Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha
Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali
wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha
Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya
Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha
Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha
Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha
Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi -
Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha
Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
(fadhilat ini dipetik
dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan
Ayat-Ayat Al-Quran,
susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1. "Ya Allah!" apabila
dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas solat tahajjud atau
solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh
yang besar di dalam mencapai segala
yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu
sebanyak
500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat
pelupa
& gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!"
apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari,
InsyaAllah kita akan mempunyai
daya penarik yang besar sekali hingga
manusia merasa cinta & kasih serta
sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x
setiap pagi atau
setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang
dilakukan
setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai
Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi
setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua
penyakit
hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!"
apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &
rohani kita akan
terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi
segar sihat &
sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah
diri
kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara
& aman
dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya
Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak,
Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9.
"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,
InsyaAllah,
kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana
penuh
kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi &
petang, semua
musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin
Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka
dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua
musuh,
bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!"
dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x,
InsyaAllah yang ingin otak
cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran ,
amalan ini akan memberikan otak
kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!" sekiranya kita
berada didalam kesukaran atau sedang
sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7
hari berturut-turut, InsyaAllah
kita akan terlepas dari kesukaran &
sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri
yang sudah lama belum
mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan
berpuasa selama 7 hari
dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka
puasa, ambil
segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x,
kemudian diminum
air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah
berbuat
perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari.
Kemudian
pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10
x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!"
sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan
suci) bacalah zikir ini
sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu
solat Jumaat, InsyaAllah akan
diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan
atau sebanyak 306 x, maka
hati kita akan dijaga dari ketamakkan &
kemewahan dunia & InsyaAllah
orang-orang yang selalu memusuhi kita akan
sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x
sesudah solat fardhu, barang
siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya
Allah segala kesulitan
atau kesempitan dalam soal apa pun akan
hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat
fardhu
khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki
yang
halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!!
tetapi
perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!"
dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah hati kita akan
dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima
nasihat agama.
20. "Ya
'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat
Maktubah, Insya
Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!"
dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan
semakin dekat dengan Allah
& terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka
yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,
kuatkanlah usaha & berniaga itu
dengan memperbanyakkan membaca zikir
ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan
menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari,
dalam
keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud
akan
ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan
jatuh
martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang
atau malam sebanyak
70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di
kedai atau di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari
kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya
Allah
akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua
jabatan
atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini
setiap hari, sekiranya ada
orang berhutang kepada kita & sukar untuk
memintanya, InsyaAllah si
penghutang akan sedar & membayar hutangnya
kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul &
pendengaran
telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari
menurut
kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa
akan
mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum
solat Jumaat,
InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak &
selalu
diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam
keadaan
suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah
menerima ilmu-ilmu
agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu
agama.
30. "Ya
Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai
solat 5 waktu,
InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan
memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah bagi para peniaga,
ikhtiar ini akan menjadikan barangan
jualannya menjadi laris &
maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap
hari,
terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan
maksud
zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman
atau
anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan
sebanyak 88 x selepas solat lima waktu,
bagi mereka yang mempunyai kedudukan
di dalam pemerintahan, syarikat
atau apa saja, InsyaAllah dipastikan
kedudukannya tidak akan dicabar
atau diungkit-ungkit atau
tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk
orang yang
sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga
apabila
dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap
pada
seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari
gangguan
jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" bagi
orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan
zikir ini dengan mengakui
dosa-dosa & beriktikad untuk tidak
mengulanginya, InsyaAllah akan
diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x
sehabis solat hajat,
sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah
semua hajat
kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita
mempunyai
hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk
mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah
zikir ini sebanyak 110 x (**
di dalam bahasa Arab bukan Bahasa
Malaysia!!) lalu direndam pada air yang
dingin & diberikan si anak
meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si
anak itu akan berubah
cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah
mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas
atau
dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini
sebanyak
1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci
sebagai
pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud
atau
hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan
terlindung
dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada
di dalam
hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan
seperti
ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar
untuk
mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini.
InsyaAllah
badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan
hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita
jawat,
amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit &
selepas
solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita
tanpa
sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan
zikir ini pada sepertiga
malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati
perubahaan yang
mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang
pegawai,
maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan
terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya
Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia
mahupun di
akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika
hendak masuk
tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir
ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah
terhadap
penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x
setiap
hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada
di
tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang
kecurian
mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada
Allah.
InsyaAllah....
45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat
yang menerima doa
hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima
Allah, hendaklah
mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh.
Insyaallah
Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di
dalam kesulitan maka amalkan zikir ini
sebanyak 128 x setiap pagi &
petang, InsyaAllah segala kesulitan akan
hilang berkat pertolongan Allah.
Andai zikir ini sentiasa diamalkan,
InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari
hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa
sahaja yang memperbanyakkan
zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan
menjadi cerdas & lancar
didalam menghafal & mengikuti pelajaran.
Amalkanlah sekurang-kurangnya
300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!"
Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap
malam. InsyaAllah kita akan
menjadi insan yang sentiasa bernasib baik,
disayangi & rumahtangga kita
akan sentiasa berada didalam keadaan
harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk
ketenteraman keluarga di mana setiap anggota
keluarga sentiasa menyayangi
& menghormati & khasnya kita sebagai
ketua keluarga, maka amalkan
zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu
hembuskan kedua belah tapak tangan &
usap ke seluruh muka. InsyaAllah
semua anggota keluarga kita akan menyayangi
& menghormati kita sebagai
ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!"
Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua
tangan ke dada, InsyaAllah
akan memberi kelapangan dada dengan ilmu &
hikmah.
51. "Ya
Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang
suka membangkang
dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara
berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah
perangainya.
52. "Ya
Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat
berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan
perintah Allah.
53.
"Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat,
atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
bencana
tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak
gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan
dengan si
zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana
ianya
mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk
mengembalikan
kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk
mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan
atau
kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini
sebanyak
mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh &
terhindar
dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat
dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa
hanya
Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. "Ya
Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan
didalam pertolongan
yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka
amalkan zikir ini sebanyak
mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita
rancangkan akan berhasil,
maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari.
InsyaAllah....
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang
menghilangkan diri dan
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap
hari sesudah
solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya
Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari,
InsyaAllah kita akan
diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
akan dipermudahkan didalam
perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai
kekuatan mental/batiniah didalam
menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir
ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa
yang
ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi
oleh
setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi
insan
yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..."
sebanyak
1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya
secara
berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya
Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak
mudah terpengaruh
& teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi
kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati
untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut
memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67.
"Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata &
tersangat
ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x
setiap kali
selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan &
selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya
Allah...
68. "Ya
Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan
hidup, maka
pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.
InsyaAllah, diri
akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita
berhajatkan sesuatu namun ianya selalu
gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak
305 x setiap hari, Insya Allah
segala hajat akan berhasil.
70. "Ya
Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari
berikhtiar
secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa
mampu sehingga
ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan
mempercepatkan keberhasilan
hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy,
beliau
berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184
x
setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72.
"Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada
Allah,
perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang
mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang
dihajati akan diperkenankan
Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir
sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu
selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan
membuka pintu rezeki yang
halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir
ini sebanyak 1,106 x selesai solat
waktu di tempat yang sunyi (khalwat),
nescaya Allah akan membuka hijab
padanya dari segala rahsia yang pelik &
sukar serta diberi kefahaman
ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75
jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x
sesudah solat fardhu.
77. "Ya
Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan
seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya
dibuka oleh Allah.
Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan
zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka
yang
berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka
bacalah
zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan
mudah
kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting
akan
berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan
mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa &
ingin
bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan
mudah
diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya
Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim,
supaya dia tidak
melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah
kita memperbanyakkan
zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu.
Insyaallah, kita akan mendpt
pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir
ini, nescaya dia
akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya
Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh
teman atau sesiapa
sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini
seberapa mampu samada pada waktu
siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau
ketua yang ingin
kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat,
hendaklah selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu
& 212 pada
setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat
pertolongan
Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir
ini sebanyak 65 x
setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita
akan tercapai
dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah
dengan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan
sifat adil kepada mereka yang
mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!"
Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri
kita yang lari dari rumah,
maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
pada setiap hari dengan niat
semoga Allah menyedarkan orang tersebut.
Dengan izin Allah orang yang lari
itu akan pulang dalam jangka waktu
yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!"
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak
mungkin, InsyaAllah apa yang
kita usahakan akan cepat berhasil &
kekayaan yang kita perolehi itu akan
mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat
untuk kehidupan
dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir
ini,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!"
Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161
x pada waktu menjelang
solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan
terhindar dari orang-orang yang
zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat
berguna didalam ikhtiar kita untuk
menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana
sudah lama dihidapi & telah
puas dihidapi & telah puas diubati.
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001
x pada setiap hari, InsyaAllah dengan
ikhtiar ini penyaki itu akan
cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut
Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa
mengamalkan zikir ini setiap hari, maka
bagi orang yang sakit,
sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan
dihilangkan
kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut
Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa
yang menghendaki kemuliaan
yang agung & memperolehi apa yang
dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun
kebaikandi akhirat kelak, maka
hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini
setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam
perjalanan ke suatu tempat
tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia
memohon petunjuk Allah
dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan
diberikan
pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat
penting &
bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan
lancar, maka
berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat
fardhu.
InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan
kita
berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir
ini sebanyak mungkin tanpa mengira
batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini
semua perkerjaan yang telah
menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas,
perniagaan tidak akan
rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97.
"Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat
fardhu
atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar,
maka
hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak
707 x.
InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk
sehingga usaha kita
akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!"
Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas
otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita
akan menjadi bertambah
cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam
segala
hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan
sifat
sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha &
upaya akan
mencapai
kejayaan.
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang
yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik
terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim
& tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1.
Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa
menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang
yang bersungguh-sungguh semasa
ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd
Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah
tidak menerima doa dari hati
yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari
harta yang
halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan
yang
baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,
khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA
dimakbulkan doa
tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut
Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke
atas Rasulullah s.a.w
& para sahabat.
6. Sebelum berdoa,
bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA
NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan
terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada
keganasan dan tidak akan hilang kecuali
berjinak dengan dengan Allah
swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali
seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada
kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan
berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan
padam kecuali
redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya
serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia
ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon
kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar
kepadaNya. .
. . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih
tidak
lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
Wassalam